Monday 12 September 2011

Puasa Enam Bulan Syawal





Ringkasan: Pertanyaan yang dijawab oleh yang Syeikh Muhammad Salih Al-Munajjid hafizhahullah tentang pelaksanaan puasa Syawal apakah harus berurutan harinya atau boleh diselang-selikan.

Pertanyaan:


Mengenai puasa enam hari pada bulan Syawal setelah puasa Ramadhan apakah disyaratkan harus berurutan atau bolehkah untuk dilakukan secara berselang-seli harinya? Dimana saya ingin menunaikannya dalam tiga kali iaitu dua hari terakhir setiap hujung minggu".

Jawapan:

Puasa enam hari di bulan syawal tidak disyaratkan harus berturut-turut. Ianya boleh dilaksanakan secara berturut-turut, dan boleh juga tidak. Tidak ada sebarang masalah. Namun apabila disegerakan maka itu lebih baik. Allah ta'ala berfirman yang bermaksud:

"Maka berlumba-lumbalah (dalam berbuat) kebaikan." (Al-Baqarah: 148)

Allah juga berfirman:

"dan bersegeralah kamu kepada ampunan dari Tuhanmu…" (Ali Imran: 133)

Nabi Musa 'alaihissalam berkata:

"dan aku bersegera kepada-Mu ya rabbku, agar Engkau redha (kepadaku)." (Thaha: 84)

Mengakhirkan perlaksanaannya juga berkemungkinan akan terlewat atau luput. Pendapat ini diambil oleh mazhab Syafi'i dan Hambali. Tetapi juga tidak berdosa bagi yang tidak melaksanakannya di awal bulan. Misalnya kerjakan pada pertengahan bulan atau di akhir bulan, tidak mengapa.

Imam Nawawi berkata: Para sahabat kami berkata: "Disunnahkan puasa enam hari di bulan Syawal berdasarkan hadis ini". Mereka juga berkata: "Dan disunnahkan mengerjakannya enam hari berturut-turut di awal bulan Syawal. Dan jika dikerjakan secara selang-seling atau diakhirkan hingga akhir bulan juga boleh. Dan orang yang melakukannya bererti telah menjalankan sunnah sesuai dengan keumuman makna hadis dan kemutlakannya. Tidak ada perbezaan (pendapat) di kalangan mazhab kami. Dan ini juga menjadi pendapat Ahmad dan Abu Daud" (Al-Majmu' Syarh Al-Muhadzab).

No comments:

Post a Comment