Wednesday, 27 June 2012

Betullah tu!

Langkah beribu batu bermula dari keberanian memulakan langkah yang pertama . kerana tanpa keberanian mimpi tidak akan menjadi realiti . 
Langkah yg paling berjaya adalah mengikut jejak langkah orang yang telah terbukti berjaya :)) - CDM Kak Ana


Thursday, 21 June 2012

My Current Business



DUIT-$$$ bukan lah SEGALANYA...
Tapi SEGALANYA perlukan DUIT-$$$ terutama dalam kehidupan sekarang.

Keluar rumah je dah kena bwk kluar duit isi minyak, duit tol, bayar masuk tandas 30sen!, belanja makan keluarga & anak2 and ect. ect.
Setakat makan gaji je even kerajaan or swasta for sure takan cukup or cukup2 mkn punya... Campur dgn duit gaji hubby and kita... maybe la dalam RM6k or RM7k (kalau kurang cmna?? erkk)... Bulan-bulan mesti la nak bayar study loan, hutang 2/3 biji kereta , hutang rumah, duit simpanan, duit belanja rumah, duit belajar anak, duit mak bapak, bil air, bil elektrik and byk lagi la (pheww)...bila smpai hujung bulan dah kering je poket tu... mula tergaru2 kepala, mana nak cekau duit lagi... nak ambik duit simpanan sayang lak..if ada emergency, haaaaa kan susah, nak caras kad kredit, mula2 best la n tak hingat...at the end aduhai lemah bila nak membayarnye...kannn.. 


Jadi apakah jalan penyelesaian pada masalah ini... well cari duit lebih la kannn...dengan cara??? 
--BERNIAGA of couse--

Rasulullah pernah bersabda yang bermaksud: 
“9/10 rezeki itu adalah datang daripada PERNIAGAAN.” 
(Hadis riwayat Tirmizi)
MLM is a part of business... and untuk kita sertai MLM, kita perlu mencari syarikat yang kukuh and utuh dari semua segi terutamanya plan pemasaran... and Syarikat Hai-O is one of the best on providing a good Long Term Marketing Plan.

Background company yang kukuh dan tak perlu dipertikaikan lagi..bukan setakat itu sahaja, tapi syarikat juga telah melahirkan pemimpin2 yang hebat dan telah terbukti kejayaan mereka. Syarikat telah memperkenalkan Marketing Plan yang sungguh senang & terjamin... Kita hanya ikut saja landasan dan tak perlu nak buat sendiri kerana pemimpin sendiri akan turun padang tok membantu kita..

"NAK BERJAYA, MESTI JAYAKAN RAKAN KONGSI KITA DAHULU"

Me cukup suka dengan statement diatas..sebab my leader selalu remind dengan statement nih.. This is NOT a PYRAMID systems..Bukan jenis orang bawah, jayakan orang atas...Business ni base on our own effort and by group, if u buat, u dapat & TEAMWORK is very important...



(gambar teratas dari kiri: CDM Kak Ana & dibelakang dia CDM Abg Lan)
- Tersenarai diantara jutawan muda..dipilih utk menghiasi magazine PERSONEL MONEY-

Bayangkan dalam masa hanya 6 tahun beliau join Hai-O....wang beku yang terkumpul dalam bank beliau ialah sebanyak.....RM10 Juta...subhanaAllah. Ini semua bermula dengan semangat dan impian yang di tanam oleh beliau. NOW....contoh dah ade di depan mata...dah wujud...dah lahir...cuma minda dan hati kita yang menentukan samada nak atau tak je kita jadi seperti beliau.



My Top Leader CDM Hanis
From just a plain housewife... to a totally successful young entrepreneur
 CDM Hanis selalu cakap
yang penting kita PERLU ADA MATLAMAT YG JELAS
maksudnya we must have BIG DREAMS....
insyaAllah dgn impian…hala tuju business yang jelas, kita ada momentum untuk buat business.

She is now earning RM200k++/monthly
korang rasa gaji sapa ni??? Gaji CEO pun kalah yee..


Allah berfirman "Aku tidak akan mengubah nasib hambaku, melainkan mereka ingin mengubahnya"

Jadi peluang untuk berjaya dah ade di depan mata...tinggal kita je nak ambil atau tak peluang tu... 

INGAT....

Orang yang berjaya ialah orang yang positif fikirannya...dan orang yang sentiasa mundur ialah orang yang negatif fikirannya...
kategori manakah anda?? 

Fikir-Fikirkan

Jika ANDA ingin kehidupan yang lebih selesa
Ayuh bangkit...
Mulakan langkah pertama
I'll show u how and guide u along the way
Be part of our team....

WE ARE LOOKING FOR PEOPLE WHO INTERESTED IN MONEY!!!

Call/ SmS me @ 016.660.7469


“MAKE MONEY BEFORE MONEY WILL TROUBLE US.."


Wednesday, 13 June 2012

Promotion Premium Beautiful

Ok, ramai lagi yang tak tahu about the rebate yer?

Ramai plak yang email / SMS  tanyer about the promotional cash rebate ader lagi ker tak? Yes, people, promotional cash rebate STILL ON lagi yer. tapi, as far as i am concern, me pon tak sure biler promotional cash rebate nie akan berakhir. So, selagi ader promotional cash rebate nie, kalau boleh cepat-cepat la you all grab peluang nie yer. sebab lepas abis promotional cash rebate nie dah abis, you all merayu camner pon, memang takkan dapat punyer lah.

So, people, aper lagik, just grab the chance. The more the merrier. Lagik banyak set Premium Beautiful yang you all beli in a single receipt, lagik banyak rebate you all akan dapat...:)

PROMOTIONAL CASH REBATE:
1 set Premium Beautiful -- RM225.00 Cash Rebate
3 sets Premium Beautiful -- RM1000.00 Cash Rebate
5 sets Premium Beautiful -- RM1700.00 Cash Rebate
7 sets Premium Beautiful -- RM2500.00 Cash Rebate
10 sets Premium Beautiful -- RM4500.00 Cash Rebate

So, cepat-cepat pakat dengan kawan you all yer...:) The more, the merrier. 

So, grab this chance. jangan tunggu sampai promotion dah habis, baru you all nak contact me plaks. No, no...:)

As usual just directly holla me at 016-6607469.


Jom Amalkan

Testimoni - Endometriosis

Testimoni from my sideline.

Assalamualaikum..

hari nie nak update pasal follow up endometriosis aku last Friday..

Note: Refer endo1endo2after pki PB utk kisah endometriosis aku..

Jumaat lepas aku ade follow up endometriosis dkt HSI tmpt aku kerja cum tmpt check up.. :)

Sampai clinic pagi dlm kul 10 lebeh sbb ek ok ek ok siap2 kemas anak, sarapan la ape laa..lambat la tibe nye dkt HSI tue..ihihih..

lepas register, tunggu turn..
 nervous jugak sebab aku tak makan pon ubt hormon yg doktor bg mase previous follow up..
ye laa kalo ade lg endometriosis, die tanye mcm2 takut jugak kan kene marah..
ihihihih..

so bile turn aku kene panggil, doktor suruh baring sebab nak wat scan ultra sound..
aku suke betol kene scan sbb mcm best je tgk kat dlm perut sendiri..
kalau ade baby laaagiiii best..ihihihih..

Mase kene scan tue, doktor ckp yang aku nye cyst dah takde..
aku mcm haaa? sebok2 sambil baring nak tgk monitor scan tue..
doktor tanye, "period sakit lg tak?"
aku ckp, "3 kali latest period baru2 nie tak sakit dah.."(aku br period 3kali lepas gune PB)
doktor ckp, "ok..nampaknye cyst awak dah mengecut, dan mungkin darah yang beku2 tue semua dah keluar sebab dari scan nie memang dah tak ada apa2 lagi la, tapi awak monitor je lagi period awak, kalau masih sakit, datang balek la"
aku mcm, terkedu gak sbb die ckp memang dah tak ada darah beku..syukur alhamdulillah..

sbb dari apa yang doktor pakar tu explained sebelom2 nie, cyst akan mengecut kalau kita tak period atau pon kita mengandung..selagi kita period, selagi tue la akan sakit period pain..dan dia ckp lagi mcm aku punye kes, berkemungkinan aku akan sakit period pain tue smpi aku menopos, baru habis cerita..

doktor tue ckp, "ok untuk masa sekarang, kita akan stopkan appointment awak, tapi kalau rase sakit2 terok masa period, dtg jumpe balek"
aku pon, "ok doctor, terima kasih..."
aish pon main lambai2 doktor..ihihihih..

kesimpulan yang aku boleh buat sepanjang aku gunakan PB untuk masalah period pain kronik aku nie kan,

1) PB melancarkan darah beku yang ada dalam rahim(punca endometriosis), dan masa period pon darah yg kuar pon mcm fresh je..takde dah ketol2 yg besar2 tue..macam aku, kalau kuar ketol2 tue, waktu tu la sakit senggugut yang paling terok aku rasa..bleh rase nak mengerekot2 mcm udang..

2) biasanya aku akan mengalami pre haid, sakit perut mcm nak senggugut tu(tp sakit2 yang boleh dihandle lagi la rasenye), dalam 2weeks before period..tapi bila dah start pakai PB, aku tak rasa sakit perut pon, alih2 je dah period..tak sedar pon kene period..:)

3) bila dah period, yang paling aku bersyukur sgt2 sebab aku dah tak de rase period pain kronik lagi yang smpi aku tak boleh nak bgn, yang kalau aku kene memang aku tdo je sbb nak hilangkan rasa sakit senggugut tu..mcm aku, hari ke5 pon aku masih kene period pain..tapi dah 3kali nie aku syukur sangat2..tak rasa sakit, even aku rasa mcm hari2 biasa je..:)

4) sakit belakang masa period pon dah tak ada..sbb aku yakin yang bila badan kita dah kene grip dgn korset nie, badan rasa cam sedap je..dan tulang pon berada dalam kedudukan yang betol..ntah aku tak rasa sakit pinggang pon masa period lepas pki PB..

aku rasa tue je la yang boleh aku share dgn korang pasal keberkesanan PB terhadap diri aku..aku slalu ckp dkt hubby, kalau la aku beli PB lebih awal, kan best...ihihihih..tapi biasa laa..benda mahal macam nie, memang kene survey sehabis baek..dan aku syukur sgt yg kezen aku gune PB corset nie..kalau tak, mungkin aku masih mencari2 sape la org yang boleh aku gunekan untuk convince hubby aku pasal corset nie..:)

Bagi aku, selain kecantikan luaran, kesihatan dalaman yang paling aku utamakan..kalau dari segi kecantikan luaran pinggang ramping, aset terletak di tempat yang betul, tak dpt la aku nak share pics2 mcm tue dkt korang..maybe aku kene pinjam my partner's nye pics laa kan sebab mcm tak sesuai la aku nak publish2 bg org tgk..iihihiihh..unless kalo korang tgk aku sendiri la depan mata..tp kawan aku ckp aku nampak kecik skang compared to sebelom nie(masalah aku gemok lepas bersalin tue) ihihih...kalau dari segi kesihatan dalaman, aku boleh share dengan semua..especially mende2 yang aku rasa byk sgt PB nie bantu sebenanrnye..

Ahamdulillah di izinkan olehNya, hilang terus cyst dia. So pada uolls yg ada problem yg sama, x salah ye kalau kita mencuba. Peace!


Wednesday, 30 May 2012

Semua Orang Boleh!

¤KEJELITAAN & KESIHATAN ADALAH MILIK SEMUA¤

Modal hanya RM50 registration as a member.....cepat2 semua..daftar lah utk peluang keemasan..

soalan pernah ditanya :
Mcmana nak jual PB ni? Susah ke? Modal besar ke?

Tak susah pun tp kena ada ilmu.....
90% thru blog and Facebook . 

Perlukan modal ke business ni???

Buat biz apa pon mesti ada modal...walaupun biz secara kecil-kecilan....terpulang kpd kita nak keluarkan duit kecil or duit besar.

Boleh ke saya buat biz ni???

Business tak kira usia..tua or muda...belajar takat biasa2 aja...or yg berijazah...janji ada keinginan dan kemahuan yg datang dari kita sendiri.Kalau nak tahu ramai surirumah yg berjaya dalam biz ni....yg x pernah bekerja atau yg resign awal. 
Jadi kita tepuk dada tanyalah selera...

Siapa yang patut JOIN:
- Yg memiliki IMPIAN BESAR 
- Yg dah sgt2 stress & boring dgn kerja 24hours
- Yg teringin nak buat business sendiri
- Yg nak mengubah masa depan ke arah lebih baik
- Yg nak membayar hutang piutang yg melambak
- Yg teringin nak membalas jasa ibu/bapa


HANYA YG BERANI BOLEH MENGUBAH HIDUPNYA..

Friday, 25 May 2012

6 Cara Mudah Membuat Anak Rasa Disayangi

sumber: iluvislam
Anak yang enggan solat, keras kepala, tidak mendengar kata dan gemar bergaul bebas – ini hanya sekadar beberapa masalah yang dihadapi ibu bapa. Tahukah anda, salah satu cara paling efektif untuk membuatkan anak lembut hati dan mudah mendengar kata ialah dengan membuatkan dia merasa disayangi?
Sebenarnya membuatkan anak merasa disayangi tidak memerlukan wang ringgit atau perbelanjaan yang banyak. Tidak perlulah anda membelikan hadiah yang mahal atau percutian yang menelan perbelanjaan yang besar. Malah, sekiranya kita membuat anak kita berasa tidak istimewa sepanjang tahun, barang mainan yang mahal atau jamuan hari jadi yang dibuat di hotel lima bintang tidak akan dapat mengubah perasaan yang dirasai anak kita itu. Apa yang penting dalam jangka masa panjang adalah perkara-perkara kecil yang anda lakukan setiap hari.
Ada enam cara mudah yang boleh anda lakukan untuk membuatkan anak merasa disayangi:
1. Ucapkan kata-kata sayang terutama di kala dia sedih
Anak-anak perlu mendengar ucapan kasih sayang ini lebih-lebih lagi sekiranya mereka sedang mengalami masalah atau kemurungan. Contohnya, apabila berlaku sesuatu kejadian di sekolah yang menyusahkan hatinya. Pada saat-saat duka seperti ini, dia perlu tahu yang anda sentiasa di sisinya untuk memberi sokongan kepadanya.

2. Tunjukkan yang anda gembira apabila berjumpa dengannya
Serlahkan wajah riang ketika menyambut anak anda pulang dari sekolah, umpamanya. Tunjukkan keceriaan bila anda pulang dari bercuti ataupun dari pejabat. Katakan yang anda merinduinya.
3. Perhati dan akui perkara-perkara baik yang dilakukannya
Ibubapa selalunya bertujuan baik apabila menegur kesilapan atau kesalahan yang dilakukan oleh anak-anak mereka, kerana berharap anak-anak tidak akan mengulangi kesalahan itu lagi. Tetapi teguran-teguran ini mengecewakan anak-anak apabila ibubapa tidak nampak dan tidak memuji perkara-perkara baik yang mereka lakukan.
Anak-anak akan berasa kurang bersemangat dan mungkin akan cenderung melakukan perkara-perkara yang buruk hanya untuk menarik perhatian ibubapa. Apabila memuji anak anda, berikanlah kata-kata pujian yang khusus dan jelas serta ikhlas kepada mereka. Sebagai contoh, "Mama gembira sebab Lan mahu berkongsi biskut coklat cip ini dengan nenek" atau "Rajin anak Papa menyimpan semula buku-buku itu setelah dibaca" atau "Papa seronok tengok Liza melukis dan bermain dengan adik."
4. Dengarkan kata-katanya
Apabila anak bersuara dan ingin memberitahu anda sesuatu perkara, tumpukanlah perhatian dan dengarlah apa yang ingin dikatakannya itu. Lihat wajahnya dan hindari diri daripada menyampuk sehingga dia selesai bercakap. Mendengar bukanlah sekadar mendengar dan mengangguk sahaja.
Satu cara untuk menunjukkan kepada anak yang anda betul-betul mendengar apa yang dikatakannya adalah dengan bertanya soalan seperti "Jadi Faris ambil pen kamu tanpa kebenaran kamu?" Mendengar tidak bermakna anda mesti bersetuju dengan apa yang dikatakan oleh anak anda. Tetapi dengan mendengar, anda boleh membantu anak anda meluahkan isi hatinya serta membuatkannya berasa lega dan tenteram kerana anda mengambil berat di atas kesejahteraannya.
Anak anda akan berfikir, "Mama/Papa mengambil berat terhadap diri saya, jadi saya tak perlu bimbang." Anak anda perlukan keselesaan emosi seperti ini. Kadangkala anak anda perlukan anda mendengar pengakuannya. Ini berlaku kerana mungkin dia merasakan yang dia telah melakukan satu kesalahan dan kesalahan ini membuatkan dia berasa resah gelisah. Sekiranya ini terjadi, kawal diri daripada memarahinya. Sebaliknya, pujilah dia kerana bersikap jujur dan berani berbincang dengan anda. Dia perlu tahu yang anda tidak memandang rendah kepadanya hanya kerana dia telah melakukan kesalahan. Ini bermakna, walaupun dia telah melakukan kesilapan, anda masih menganggapnya istimewa.
5. Luangkan masa untuk melakukan apa yang diingininya
Kanak-kanak mengaitkan kasih sayang dengan perbuatan. Lebih-lebih lagi kanak-kanak kecil, mereka tidak begitu tahu untuk menjelaskan ungkapan ini, tetapi mereka tahu apa itu kasih sayang. Bagi kanak-kanak, kasih sayang adalah apa yang dialami dan dirasainya atau apa yang dilihatnya dilakukan oleh orang lain.

Apa yang anak anda mahu lakukan bersama anda? Menanam pokok bawang untuk projek Sainsnya ataupun membaca sebuah buku cerita bersama-sama atau membaca satu kisah lucu dan ketawa bersama-sama? Mungkin juga membuat dinosaur kertas mengikut model yang terdapat dalam buku origami yang anda baru belikan untuknya atau membuat kentang putar untuk makan malam nanti.
Apa pun yang anda lakukan bersamanya, biarlah dia yang memilih aktivitinya dan jika anda tidak boleh melakukannya serta-merta, tetapkanlah tarikh dan masa yang sesuai untuk anda dan juga untuk dirinya. Aktiviti-aktiviti ini boleh dirancang terlebih dahulu tetapi boleh juga dilakukan secara spontan. Perkara-perkara kecil yang anda lakukan bersama akan meninggalkan kesan mendalam di hati dan perasaan anda berdua.
6. Tunjukkan minat terhadap apa yang diusahakannya
Kanak-kanak gemar menunjukkan kepada kita apa yang sedang mereka lakukan.   Sebagai contoh, jika anak anda yang berusia sembilan tahun sedang menyiapkan dua keping lukisan yang berlainan dan bertanya kepada anda lukisan mana satu yang anda lebih suka, dekati anak anda dan amatilah kedua-dua lukisan dengan penuh minat. Katakan sesuatu yang khusus seperti, "Yang ini lagi cantik sebab Ana melukis pokok dan daunnya dengan jelas. Warnanya pun lebih terang."
Elakkan daripada menjawab secara acuh tak acuh, "Papa tengok sama saja kedua-dua lukisan tu." Ataupun sekiranya anda sedang melihat anak belasan tahun anda bermain badminton, anda boleh memujinya dengan berkata, "Pukulan Ina sekarang semakin baik dan lebih bertenaga."
Ataupun sekiranya dia meminta pendapat anda mengenai karangan yang sedang ditulisnya, anda boleh berkata, "Bahagian pengenalan karangan yang Zul tulis tu memang bagus." Anda mungkin berfikir yang kata-kata pujian akan membuatkan diri anak terlampau berpuas hati dengan dirinya sendiri dan tidak lagi mahu berusaha. Tetapi tiada apa yang lebih memotivasikan seorang anak selain daripada kata-kata perangsang daripada ibubapanya.     Tidak kira dalam keadaan apa pun atau apa pun yang sedang dilakukan oleh anak anda, carilah perkara yang elok dan betul dan berikanlah puji-pujian. Anak anda akan menghargai kata-kata pujian itu dan akan berasa gembira.
- Artikel uvislam.com