walau pun kita nampak hari ni makin byk org melayu kita melibatkan diri dalam perniagaan tapi hakikatnya hanya segelintir sahaja jika dihitung betul2
yup ia masih asing sebab??
keusahawanan masih lagi BUKAN KERJAYA PILIHAN org kita
Apa erti perniagaan pada org Melayu??
1. satu kerja sampingan bagi yang makan gaji untuk mencari pendapatan sampingan.
2. satu pekerjaan sementara bagi memperolehi pendapatan sementara mendapat kerja tetap.
haaa...tu la dia erti perniagaan yang sebenarnya di jiwa dan minda org2 kita...Apa beza pandangan org kita dan org cina terhadap bidang usahawan??
bangsa cina menganggap org yang makan gaji sebagai org yang belum matang/junior
sementara mereka yang terlibat dalam perniagaan dianggap matang & dihormati
Golongan usahawan sgt dipandang tinggi di dalam masyarakat cina
sbb tu dorang bersusah payah kerja...cari experience and kumpul modal untuk membuka perniagaan sendiri
kalau org kita slalu menganggap berniaga hanya untuk sementara
sbb tu ramai siswazah mengganggur cuba berniaga
bila ditanya kenapa berniaga??
jawapannya"nak cari duit sementara dapat kerja"
Beza kan org kita dgn org cina??
kita kene akui kehebatan bangsa ni di dalam bidang ni...
org kita menganggap ijazah adalah segala-galanya
pendapatan permulaan sebanyak RM2000 sebulan setelah berhempas pulas bertahun2 sudah cukup dan mewahhh
dan org kita memandang enteng kepada sesiapa yang hendak berniaga
mengapa kita masih merungut ekonomi dipegang oleh bangsa lain??
kenapa kita masih merungut tidak mampu beli rumah yang harganya melebihi satu juta??
kenapa cemburu bangsa lain pakai kereta mewah n etc??
fikir-fikir kan lahhh....
No comments:
Post a Comment