Matlamat memberi motivasi dan motivasi memberi tenaga kepada kita semua untuk kita :
1. Melakukan apa yang mesti kita lakukan
2. Melakukannya ketika ianya patut dilakukan
3. Melakukannya samada kita suka atau pun tidak
Tanpa matlamat yang jelas, tiada apa yang jelas berlaku.
Bagi seorang pelajar, belajar tanpa matlamat ibarat menembak tanpa sasaran.
So dalam hidup ini perlu ada matlamat, kena tahu ape tujuan sebenar or halatuju kita ke mana.
Matlamat ni diibarat seperti kompass, tanpa kompass kita tak tahu macam mana nak bergerak ke utara, timur dan barat.
Ok for eg:
Matlamat kita belajar kat universiti for 5 years untuk dapat segulung ijazah. And then what? Of course kerja.
Rata-rata kebanyakkan orang after kerja dia dah tak pasang matlamat dah. For them kira tu je lah kira penghabisan... after that just go with the flow.
Sepatutnya actually our journey of life has just begin the moment u melangkah masuk kerja.
Setkan matlamat, contoh:
- By the age of 30, aku mesti ada rumah sendiri
- Savings 100k pada tahun 2012
- Anak at least 3 orang
- Gaji kena naik 5 figure (at least)
- By 2012 aku mesti ada kedai kek sendiri ke.. etc
Tujuan matlamat ni jugak actually to improve yourself. Bukan takat angan2 kosong. U have to do it!
Contohnya matlamat kita this year ada 4 benda iaitu..
- Dream Car
- Own House
- Income
- last but not least...... designer HANDBAG! haha ( contoh je nihh)
So dimanakah anda berada sekarang? Masih tercari2 impian? Matlamat kabur?
Those who hesitate will be LOST-Proverb
BELIEVE
Yakin dan percayalah bahawa kita sebenarnya boleh mencapai lebih daripada apa yang kita percaya kita boleh lakukan. Dengan menambahkan sedikit usaha lebih daripada kebiasaan kita akan mencapai hasil yang sedikit lebih dari kebiasaan.
Kalau usaha yang sikit tapi dibuat secara berterusan akan nampak hasilnya.
Success is the sum of small efforts, repeated day in and day out.
Robert Collier
BEGIN
Amat penting untuk kita mulakan usaha-usaha itu sekarang.
10 bulan dari sekarang anda harus berada di kedudukan yang baru jika anda benar-benar serius untuk mendapatkan apa yang anda mahu. Tak salah jika kita letakkan matlamat lebih tinggi, mengikut perkiraan 10 months tu memang boleh buat kan?
Anda BOLEH jika anda MAHU.
MULAKAN SEKARANG!
ENHUSIASTIC
Yang membezakan orang yang berjaya dengan orang yang gagal bukanlah kerana yang berjaya meletakkan matlamat yang lebih tinggi berbanding dengan yang gagal. Semua orang ingin berjaya.
Mereka yang berjaya sebenarnya beria-ia lebih lama berbanding dengan yang gagal. Mereka berjaya sebab mereka beria-ia berusaha sehingga mereka dapat apa yang mereka mahu.
Bila kita beria-ia, kita rasa lebih bertenaga. Maka kita lihat orang yang bermatlamat lebih bermotivasi sedangkan mereka yang tidak bermatlamat kelihatan kurang bermaya kerana hidup mereka tiada arah dan tujuan. Mencapai kedudukan yang lebih baik memberi semangat kepada kita untuk terus bergerak untuk berusaha lebih lagi. Kata bijak pandai," Pergi sejauh yang anda boleh pergi. Bila anda sampai di sana anda akan nampak lebih jauh lagi". Ini menyebabkan orang yang berjaya terus berjaya manakala yang tidak bermatlamat terus kekal di tempat lama mereka. Mereka tidak bergerak.
Oleh itu jangan takut untuk bergerak perlahan, tapi takutlah jika kita tidak bergerak-gerak. Cerita arnab dan kura-kura menjadi contoh.
SCRIPTED
Tulis matlamat yang ingin kita capai.
Dengan menulis matlamat di dalam sebuah buku matlamat kita, ia memudahkan kita untuk melihatnya selalu. Tulis dan tampal di tempat yang boleh kita lihat selalu supaya kita sentiasa mengingatkan diri kita akan apa yang kita ingin capai. Tanpa menulisnya, kita sekejap ingat dan sekejap lupa. Ingat iklan biskut itu? Sekejap ada, sekejap tiada!
Dengan menulis matlamat kita dan melihatnya selalu, kita sebenarnya mencabar diri kita. Apabila ia turut dilihat oleh orang lain, kita akan meningkatkan cabaran itu. Cabaran itu boleh mendesak kita untuk berusaha kerana kita tidak mahu mereka yang melihat matlamat kita memperlecehkan kita. Dengan membiarkan matlamat kita kekal di dalam kotak fikiran kita sahaja, kita menghilangkan cabaran itu. Tanpa sebarang tekanan, kita tidak memaksa diri kita untuk bergerak. Sedikit tekanan sebenarnya baik untuk kita kerana tekanan boleh menyerlahkan kehebatan yang dikurniakanNya kepada kita dengan lebih baik.
Ambil cermin muka anda. Jika tiada, dapatkan satu. Di atas cermin muka yang anda lihat selalu untuk mendandan diri anda, tulis di atas kertas atau tulis di atas cermin muka itu menggunakan marker.
Tulis apa sahaja matlamat anda.
Anda pasti tercabar lagi kalau orang yang ada di sekitar anda tersenyum sinis melihatnya. Apalagi jika ada yang tertawa melihatnya. Anda pasti lebih membara.
Cabar diri anda!
Baca tentang kejayaan orang lain, contohi orang2 yang dah berjaya. Tampal kat dinding ke or buat screensaver computer.
Ubah semua nama dan gambar dan tampalkan dengan nama dan gambar anda!
Lebih unik lagi jika anda menulis keratan akhbar anda sendiri, membayangkan seolah-olah ia sedang berlaku. Ya. Keratan akhbar kejayaan anda! Keratan akhbar yang menyiarkan komen anda ketika ditemubual wartawan dan pemberita!
Siapkan keratan akhbar kejayaan anda. Tampal dan lihatlah keratan itu selalu untuk membakar semangat anda.
SPECIFIC
Matlamat kita mestilah sangat khusus atau spesifik. Apa sebenarnya yang kita mahu? Keinginan untuk berjaya sahaja sangat umum. Saya ingin berjaya: terlalu umum!
Matlamat jangka pendek saya adalah untuk menambah pendapatan dari RM3000 sebulan kepada RM4000 sebulan.
Or dalam masa 10 bulan ni, saya MESTI mempunyai sebuah kereta BMW 3 series, warna hitam etc.
Jangan la takpela tak dapat BMW pun keter MYvi pun jadik le. huhu
HENDAK SERIBU DAYA
MAHU SERIBU CARA
No comments:
Post a Comment